Assalamualaikum dan Salam 1Dunia. Hari bersejarah buat pasukan bola sepak negara Malaysia bawah 23, melakar satu lagi detik bersejarah kerana berjaya menewaskan pasukan Indonesia dalam saingan akhir Sukan Sea 2011.
Pasukan kita melakukan yang terbaik dan syabas saya ucapkan kepada mereka semua kerana berusaha bersungguh-sungguh selama 120 minit(betulkan jika saya salah) dan memaksa ke sepakan penalti bagi menentukan juara. Tahniah buat penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat(KFCM) yang berjaya menyelamatkan satu gol dalam sepakan penalti dan juga sepanjang perlawanan dia mengalas tugasnya sebagai penjaga gol dengan begitu baik sekali.
Juga tidak dilupakan buat kesemua pemain-pemain yang bertungkus lumus dalam melaksanakan misi mengekalkan pingat emas dalam Sukan Sea untuk kali ini. Jelas kelihatan yang mereka sedikit keletihan pada babak-babak akhir perlawanan namun tidak menggugat pasukan. Sebenarnya masih banyak yang perlu diperbaiki namun mereka sudah buktikan yang mereka mampu mengekalkan kejuaraan ini.
Dan kepada Ong Kim Swee, walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai insiden sepanjang kejohanan ini namun beliau berjaya mengatasi segala masalah dengan tenang. Walaupun selepas sah menjadi juara masih ada insiden di mana sekumpulan “doping control” datang, kenapa tak buat sebelum sepak mula? Marah betul Ong Kim Swee tadi. Sabar jela coach.
Kepada rakyat Malaysia di luar sana yang tidak berpuas hati dengan beberapa pemain yang tidak beraksi dengan cemerlang pada perlawanan akhir ini, usahlah mencaci dan memaki mereka(aku pun ada mengata jugak kat twitter), mereka semua sudah lakukan yang terbaik cuma nasib tidak menyebelahi untuk menghasilkan gol. Terima kasih Fakri Saarani(13), tanpa dia kita tak dapat masuk final. Jangan kutuk dia lebih-lebih.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berkaki bangku ni, aku bangga bila Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia. Rasa nak menangis pun ada tadi, tahan jela sebab tengok bola dengan keluarga tadi. Normal la kan kalau menangis sebab gembira? Bersyukur sangat-sangat sebab menang walaupun aku tak main.
Cuba tengok screenshot kat atas ni, aku dah buat ramalan awal yang keputusan seri dan terpaksa ke sepakan penalti. Ops, ni asli, takde main photoshop CS5, kalau nak tengok semak kat sini.
Habis cerita pasal bola, cerita pasal aku nak merasa iPad 2 ni pulak. Kalau siapa yang belum tweet, dan +1 tu boleh ke sini untuk lakukan undian anda. Setiap undian adalah rahsia. Aku nak buat giveaway pun takde sponsor ni. Atau ada yang nak mensponsorkan aku?

marah gila Ong kim swee.. lama dia bersabar… memang patut pun dia marah… geram jer… tapi 2 tahun lepas ..thamil pun kena doping gak.. lepas menang dekat laos tuh.. sorang jerla….
zik ada entri baru..jom usha ^^,Malaysia Juara Bolasepak sukan sea 2011, TAHNIAH Weyhh!!
dari kena buang padang, kena duduk dekat penonton, mesej guna kertas, hingga doping tu..memang dugaan dia..
ouh,kena jugak..tapi kenapa tak buat awal-awal doping tu..
taniah pasa skuad negara yg berjaya
Juan ada entri baru..jom usha ^^,MasterChef Malaysia Astro Ria
yup,semoga mereka dapat buatkan yang terbaik menentang Syria malam nanti..
aksi2 bola sepak malam tu mmg bagus la..sakit jantung dibuatnya…he3
syamila ada entri baru..jom usha ^^,Apple iPad 2…Boleh ke????? Insya Allah
tu la..banyak suspen macam tengok movie je..haha
sape yg ada sakit jantung tk blh tgk…bahaya
tu la..memang tak boleh tengok kalau siapa2 yang ada sakit jantung tu..
dlm akhbar hari ni dh ada yg meninggal sebab kena serangan jantung…al-fatihah….
al-fatihah..tapi bukan sakit jantung sebab tengok bola kan?tu la, memang kena jaga kesihatan dari awal..dari muda lagi la..nanti bila dah tua2 nanti susah nak dapat penyakit kalau kita dah pandai jaga diri dari awal2..
hehe..mana dapat pengganti si paul tu..
ohcikgu ada entri baru..jom usha ^^,Video dan Lirik Lagu Cinta Muka Bulu (Parody Video)
entah la dapat kat mana..hehe..betul jugak teka..teka malam ni Malaysia menang 2-1 lawan Bahrain..